Sunday, 13 December 2009

a tribute.

Salam to all ♥♥

i've been wanting to write since awhile ago. cerita nih cerita lama. sangat lama indeed. seriously. cerita ini merupakan salah satu kenangan paling best pernah terjadi dalam hidup Nadia Zailan.

aku mulai mengenali si dia sejak tadika lagi. namun begitu aku tidaklah begitu rapat dengan si dia. tetapi aku tahu akan kewujudan si dia. kami membesar bersama. kami pergi ke sekolah yang sama dan sekolah agama yang sama. akan tetapi kami hanya berhubung dengan lebih rapat di sekolah agama berikutan kami berlainan kelas di sekolah rendah.

enam tahun berkawan; pada tahun 2001 yakni pada usia aku dan si dia 11 tahun; di darjah 5; aku duduk di belakang si dia di sekolah agama. dalam diam, aku menyukai si dia. pertama kerana paras rupanya yang agak hensem; selain si dia mempunyai iras orang Cina. pada ketika itu, aku gila akan drama hong kong dan jepun. angin korea belum tiba lagi pada waktu itu. selain itu, si dia seorang yang happy-go-lucky dan suka membuat lawak. lagilah hati ini jatuh tersungkur suka akan si dia.

tetapi aku hanya memendam perasaan. tidak pasti untuk berkata-kata. istilah couple pada ketika itu memanh haram aku tidak tahu apa-apa. HAHA. aku biarkan sahaja perasaan itu. padaku itu hanyalah perasaan suka-suka dan bukanlah gila-gila suka. *do you get what i mean? LOL*

si dia suka bermain bola di padang berdekatan rumahku hampir setiap petang. sesekali akan aku lihat-lihat dan pandang-pandang padanya. setelah itu perasaan suka hanyalah tinggal suka apabila aku jatuh tersungkur gila-gila pada budak lelaki lain. *you can refer to this post; Garfield*

aku hanya pandang si dia dengan sebelah mata sahaja. pada suatu hari, adikku pulang dengan mengatakan si dia kirim salam padaku. aku hanya tersenyum gembira. tambah perasan sedikit. HAHA. hampir setiap hari aku mendapat kiriman salam dari si dia. aku sendiri tidak pasti apakah maksud kiriman salam itu. patutkah aku berasa perasan yang aku tidak pernah bertepuk sebelah tangan selama ini? ahh, aku hanya biarkan sahaja kerana aku sibuk meng-stalk budak lelaki lain pada ketika itu.

di sekolah, kami seperti biasa. aku hanya buat tidak tahu dengan kiriman salamnya. dan dia juga tidak memberi aksi luar biasa di sekolah. so aku beranggapan dia hanya main-main. si dia seorang yang sangat hyper-active. memang tidak reti duduk diam. dan si dia suka menyakat semua orang. aku pasti semua orang sangat menyenangi si dia.

hari berlalu, bulan berlalu dan tahun bersilih ganti. kami masih rapat sehinggalah masing-masing masuk ke sekolah menengah. aku tidak pasti si dia masuk sekolah mana. *take note that there are two schools in my area* sampailah satu hari, aku terlihat si dia di sekolahku. dia tampak sugul. tidak seperti diri si dia yang pernah kukenali. namun, aku tidak pernah menegur si dia. dari jauh sudut hatiku, aku memang berniat untuk menegur, bertanya khabar; namun aku tidak pernah melakukannya. dan aku menyesal tidak sudah kerana itu.

si dia dan ezhar sahari merupakan kawan baik. itu yang dikatakan oleh ezhar sahari. ezhar sahari mengejutkan aku dimana si dia sebenarnya betul-betul suka padaku pada ketika itu. maksudnya, pada ketika aku suka pada si dia, si dia juga suka sama aku. aku sedih mengetahui kenyataan itu. sedih yang amat sangat. sedih kerana si dia sudah tiada lagi dalam dunia ini.

pada suatu pagi di tahun 2003, ketika usiaku 13 tahun; ketika aku di tingkatan satu; pada tengah-tengah perhimpunan pagi. satu sekolah dikejutkan oleh pengumuman cikgu yang bertugas. cikgu berkata,"si dia telah meninggal dunia kerana penyakit jantung berlubang." aku berasakan masa dalam hidupku terhenti. aku bertanya sendiri, adakah benar apa yang aku dengar? oh tidak. aku tidak mempercayainya. aku kaku. aku tidak mampu berbuat apa-apa. aku dapat merasakan mukaku semakin panas. dapat juga aku rasakan yang air mataku sudah memenuhi seluruh ruang mataku. hanya menunggu masa untuk gugur.

tidak hairanlah aku nampak si dia berbeza sekali dengan si dia yang kukenali. si dia menjadi seorang yang pendiam dan tidak bercampur orang. jarang juga aku melihatnya di sekolah. si dia merupakan kawanku yang pertama meninggalkan aku di dunia ini. mungkin kerana itu, aku agak sukar untuk menerima bahawa si dia sudah tiada. si dia pergi pada usia yang muda. sangat muda.

suatu hari, aku berchatting dengan faiz syazwan latifi tentang si dia. aku tidak sangka mereka juga rapat. sudah kukatakan si dia sangat disenangi orang. sedih sungguh untuk menerima hakikat yang orang yang sudah tiada sebenarnya menyukai diri kita suatu ketika dahulu. sedih tidak kepalang apabila kita tidak pernah bertegur sapa di saat-saat akhir hayatnya. aku sendiri tidak ingat perbualan terakhir kami. aku terkilan sungguh :(

si dia ialah Faizul Syafiq. *i don't remember his full name* semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga si dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. amin.

Faizul Syafiq
1990 - 2003
i'll remember you always :)

Al-Fatihah.


© jeenyx @ LJ
© jeenyx @ LJ

6 comments:

Unknown said...

al fatihah..
mudh-mudhn die d tmptkn dlm golongn org2 yg beriman..

diana said...

smga Allah memberkatinya...amin

asya said...

al-fatihah

sedihnyeee
eh dia tingkatan 1 sempat tak gi 24(2)?

nadiasepet said...

asya : die sempat. die meninggal time da msk 24(2) :(

asya said...

yeke

ada gambar dia tak
sedihnyeee
mude lagi kot masa tu

nadiasepet said...

gamba? kte pn x sure dowh. akan dicari. sedayh la weyhh. sedayh sgt :(