seperti yang saya janjikan. haha gedik giler ayat. hidup sebagai seorang intern. bagi yang tertanya2 dimanakah tempat saya ber-praktikal. ini hint yang pertama.
hint pertama. sumber: Google |
sudah dapat teka? kalian semua sememangnya bijak2 belaka. tahniah!
so how was the first day?
secara jujurnya saya sangat gementar tahap taktau nak bagi rating dah. yela, ini adalah pertama kali saya menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. memang zero experience. debar tak henggat. dub dab dub dab. sesampainya di sana, terjah receptionist cakap nak lapor diri. cik receptionist suruh naik tingkat satu selepas memberi pas pelawat.
![]() |
hint kedua. dah terang bersuluh dah tuh. |
maka naiklah saya ke tingkat satu. dub dab dub dab tak hilang lagi. cakap dekat receptionist department itu, the same thing; saya nak lapor diri bla bla bla. saya menunggu orang atasan dia. saya assume itu adalah HR department. then di-interbiu orang atasan itu. mereka agak concern dengan interns sebab dia menanyakan tempat tinggal. jika ada kepayahan, mereka boleh carikan tempat tinggal. bagus sekali.
setelah diselidik surat saya, saya di assist seseorang ke department saya. Unit Teknologi Maklumat atau ICT department di tingkat 3 bangunan itu. alhamdullilah tak tinggi mana. memang boleh turun naik tangga sahaja. sesungguhnya praktis di teratai selama 4 semester tidaklah sia2.
sejurus sampai di department itu, saya diperkenalkan kepada seorang lagi staff. sememangnya kedatangan saya memang dinantikan. HAHAHAHA AYAT BAJET GILER! i mean, nama memang dah ada dalam sistem untuk lapor diri. saya dibawa berjumpa ketua department. beliau sangat baik. sesungguhnya dari awal sampai jumpa ketua department, semua orang sangat helpful. alhamdulillah sangat2.
saya diberikan tempat duduk. saya excited. my first ever workplace!
![]() |
my workplace! |
akan tetapi tempat itu sangatlah open. privacy zero. lagilah saya mati kutu taktau nak buat apa. seperti biasa, saya memang membisukan diri. awkward. lucky me, mereka semua sangatlah peramah. saya beramah mesra dengan staff lain yang juga pelajar praktikal. selepas ice breaking, rupanya sayalah paling tua antara pelajar praktikal. i'm not sure about the guy, tapi sayalah yang tua among dua gadis praktikal yang lain. pelik giler jadi yang paling tua. it just that dah lama orang tak panggil kte akak and kte bahasakan diri kte akak. last memang time sekolah kot.
nasib saya sesungguhnya sangat baik hari itu. hari itu merupakan jamuan raya untuk semua staff. ha ha ha. makanan free! yes beh e beh! awesome. sumpah lapar giler. then kenyang macam ular sawa. terima kasihlah sebab menyambut kedatangan saya dengan makan2 sebegitu. saya sungguh terharu. HAHAHAHA! oh dan benda wajib, aktiviti mencuci mata. saya suka sekali! HAHAHAHA
overall, semuanya okay buat masa sekarang. hari ini hari kedua, saya dah dapat kad staff and kad entrance. so saya officially intern Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
p/s: everywhere is "Zon Menutup Aurat".
No comments:
Post a Comment